Sunday, November 20, 2011

DUNIA SEKARANG !!!

                                                     Assalamualaikum semua !


Haa..,post kali ini aku nak cakap pasal dunia sekarang ni !. hermm, dunia hari ni mengamalkan konsep "servis baik punya" kalau kita menabur bakti & melobi mana yang patut.Bagi kita yang tak berapa mengamalkan konsep ni mulalah dapat layanan ala2 Cinderella je.Kena dera & seksa dahulu,baru beroleh kebahagiaan.Apa nak jadi dengan semua anak-anak Adam & Hawa kat muka bumi ni?. kan dah mula aku nak bagi ceramah ni . adoii. macam ustazah2 pulak aku ni.haha. lantak lah.Aku memang kecewa habiiss bila trend tak sihat ni semakin menjadi-jadi.Bosan pula rasanya ! korang bosan x?.lantak kau.haha.Tentu korang juga pernah berhadapan dengan situasi ni,kan ! Asal baru setahun berjagung je,dapat layanan kelas C.tak pernah?.,lantak lah.ada aku kesah?.haha .Bawa-bawalah berubah ....


Perubahan tu elok dilakukan demi kesejahteraan masa depan.Berubahlah hari ni demi kebahagiaan hari esok.Tak perlu kita terlalu membanggakan diri sehingga menggores perasaan insan-insan lain.urm,memang benar semua manusia tak lari daripada melakukan kesalahan.Tapi kalau dah sampai dua tiga kali buat benda salah yang sama,takkah melampau namanya.! hurm,mari kita lupakan je peristiwa yang tak memberangsangkan tu OK !


Ok..,kita beralih kepada isu semasa.ceehh,cam formal lak.haha.lantak.ok2,serius. Sekarang ni semakin menjadi-jadi kes pembunuhan.Naik seram sejuk aku membacanya.Murahnya harga nyawa manusia zaman sekarang.hurmm,paling menyedihkan tentu saja kes pembuangan bayi.Si kecil yang tak berdosa  dihumban ke sana-sini umpama sampah-sarap.Sudahlah melakukan perbuatan terkutuk ditambah pula dengan kelakuan zalim.hurm,memang dapat tiket terus ke neraka jelah manusia yang tak berhati perut tu.! eeii,geram jugak aku ni.aihhh. Sehingga kini,semua pihak sibuk mencari di mana silapnya.Pada aku,tu semua tak penting.Perkara pokok adalah bagaimana asuhan& sistem yang diamalkan di rumah.



Kalau dah mak bapak sampai tak kisah anak-anak keluar merayap sampai hingga ke subuh hari,kes-kes sosial memang sangat sukar nak dibendung.Elemen paling penting adalah kesedaran sendiri.Manusia memang tak terus dilahirkan bijak tapi aku rasa dengan sistem pendidikan & asuhan ibu bapa yang betul,tentu saja mana-mana individu mampu membezakan perilaku positif & negatif.Cukup-cukuplah menyumbang 'pahala' yang tak seberapa tu ke jalan yang salah. Sedarlahhh........




budakmerapucakap: aku pun sedarr..,yang entry kali ni aku bnyak membebel . haha. lantak.ada aku kesah?
                                blog aku,suka hati aku lah!. Bawa-bawalah berubah...dan sedarrrlahhh !!


                                                             #cauuuu !!
                                                     ~Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment