Sunday, October 23, 2011

"dah biasa dah.."

                                  Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
hoho.,dah lama aq biarkan velog yg cute2,haha ni terberangkai..,erhh, silap2.,terbengkelai…erhh.,silap lgii TERBENGKALAI… hahaha,smakin tersasul..,sjak ada someone nii..,haha. haa..,mesty dalam kepala hotak korang bnyk simbul tanda tanya..apa kebenda “dah biasa dahh” tu kann?.,haa..,sini.,meh nak story skit. skit jerkk.,x lerh bnyak2..,haha
    haa.,aq msih ingt lgii.,*first date* kitorang kat pntai.,iaitu 6/10/2011.klau korang x thu hari apa..,sila rujuk kalendar korang msing2 erkk.,haha.eitts,romantik x kitorang first date kt pantai beb..,haha.,tpi dont worry la..,sbb ktika tu,stu skolah ada kt situ..,buat program. haa.,stu hri sblum tu,kitorang dah plan awl2 lgii.haha.
    okeyh.msa jam nk kul 11 pgii.,aq ngn kengkwan duk ats benteng.alaa.,lepak2 jap.haha.kwn aq sorang nii.,duk bedating dri tdii lagi.haha.so sweettnyaa mereka.haha.,jelezzz aku!.haha.bbrapa minit kmudian.dtglahh.,sorng kwn dia nii..,yg mngatakan bhwa,dia nak JUMPA akuh skarang!!.,kt tepi pntaii.hoho.,trperanjat akuh!.eitts,korang x trperanjat ke?,alaa,klau x.,buat2 la,trperanjat erk.haha.cam sial je.haha.okeyyh.serius!.ehh,serius ke?.,haha.,okeyh2.tangan akuh dah mula rsa ketar,gementar,nervous,takut bebbb..,alaaa..,asal la.,rsa mcm nii.haha.aq cba mmbranikan dirii.bila dia mnghampiri aq.,aq jadii x tntu arah beb!.,mundar-mandir aq jadi nya!.,haha,biasalahh.., *malu + suka = malu-malu kucing* hahaha
      for the first date,kitorang x bnyk ckp lgii.,jumpa pun kjap jerk,ala..,biasalah first time face 2 face,mesty kdua2 phak malu2 kann..,haha.lgii satu,ckgu pun kacau daun arr.hahaha.sorry erk ckgu..,alaa.haha.okeyh.,pda hari rabu,mnggu depan tuh,dia nak jumpa akuh dan kebetulan sngtt laa..,hari tuh,smua kelas blik awal..,hoho.,dalam hatiku,yeayy!,boleh jumpa lgii for the second date.hahhaah.
 tibalahh msanyaa..,prtemuan kli kdua aq ngn dia..,haha.,but,bukan kami jer..,kwn aq pom ada date gak tuhh.hahaha.hari sblum tu,dia ckp kt aq,dalam fb la..,nnty nk jmpa nii.,dia x nak aq malu2 lgii.,sbb klau aq malu2,ssah nk ckp ngn aq,katanyaa..,alahaaiii,cairrr aqq!.,hahaha..okey.,pda hari itu,aq cba mmbranikan diriku ini,supaya x malu2.,haha.pda mula2,mmng tngn aku ni,ketar smcm,hahah.sjukk tetiba haa…hahaha.
      mulalah..,prbicaraan aku dgn diaa..,aq sbnarnya tkut nk pndang dia.,haha.,sbb stiap kli kitorang ckp,aq rsa mcm dia pndang aq jer..,erhh.,yew ke?,haha.,enth2,aq prsan sorang diri!.,.,ahahah.maluu gileerrr.haha.bila dia pndang kt lain.,aq cba pndang dia.,tpii bila dia nk toleh ke arah aku.,cpt2 aku alihkan pndangn aq kearah lainn.,haha.,aku takut beb!!.haha.korang nk thu x..,tuk second date nii.,bukan main lma kitorang jumpa,adalah..,dalam bbrapa mnit,aq pom lupa!.haha.,ckp pun bkn slalu.,ada jgak.,ktika diamm jerr..,haha.
     tapiii.,skarang aq dah brani face 2 face ngn dia.,dan dia pun sma..,haha.alaa.,suka nyaa.,haha.2 hari lpas,kitorang spakat nk jmpa,tpii.,x ktrsmpaian..,ahhh.,frust giler aku.,hahaha.,tpii aq buat steady meady jerr..,x nak show2 sngt.,hahah.,x pew.,bila tiba msanya nnty.,kitorang akn jmpa jgak..,insyaAllah..hehehe.skrang dia dah brani pndang2 aku plakk.,aku pun sama!.,aaa.,ahaha.,malunyerr akuh!.,hahaha.,erhh.,prasan jgak aq erkk.hahaha.,time aku nk makan pun.,dia tngok..,alahaaiii..,hahaha.malu siottt!.,hahaha.tpii.,mlau2 aq pom.,aku suka..,hehehe.,gedikkssnyaa akuh!.,ahhaha.
    aq harap,hbungan kami sntiasa di bwh redha ilahi,ats izin Allah,aq hrap hbngn kami jgak akn kekal smpai bila2.,insyaAllah.aq mncintainya kerana dia mencintai Yang Maha Kuasa,jika rasa cintanya kurang trhdap-Nya,maka brkurang jgak,rsa cintaku trhadap si dia.
p/s : saya harap,hbungan kita akn kekal,dan sya slalu brdoa kepada Allah,spaya pliharalah dan lindungilah hbngan kita ini.,InsyaAllah..,Aminn..
*saya syg awk!* heheheeh
                       Assalamualaikum….

Monday, October 3, 2011

Mencintai atau Dicintai?

Apa pendapat korang melalui pernyataan di atas.


Mencintai ataupun Dicintai? Manakah satu pilihan hati anda? Adakah mungkin anda memilih untuk mencintai ataupun dicintai?


Yang pastinya cinta itu adalah satu kalimah yang sangat indah. Cinta sentiasa ada dalam kehidupan kita dan ianya akan terus tersemai selagi mana hamba ALLAH masih wujud di dunia ini.



  Dengan dicintai kita menjadi orang yang sangat bahagia.
Dengan disayangi kita menjadi orang yang sangat dihargai.
Dengan dilindungi kita menjadi orang yang sangat aman dan tenang.



Mencintai orang yang mencintai kita merupakan kebahagiaan.
Menyayangi orang yang menyayangi kita merupakan kemesraan.
Melindungi orang yang melindungi kita merupakan saling menjaga.







Sematlah cinta anda itu terhadap Islam, keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan serta keseluruhan hamba ALLAH di muka bumi ini. Insyaallah..

Cintaku Padamu Tanpa Sebab...

Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?



Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..


Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.


Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..


“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.

Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.


              “Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”


p/s : cinta saya untuk awak,tidak memerlukan sebab.